WE'VE REACHED

0

Readers Worldwide



Powered by 12Go system

Sunday, December 30, 2018

The Hatyai Notes | Itinerary Travel Bajet di Hatyai
Trip ke Hatyai menaiki Train & Grab
Sementara bercuti menunggu penempatan ke hospital,saya dan seorang lagi kawan telah membuat keputusan untuk bercuti.Isunya ialah ke  manakah destinasi yang mampu kami lawati memandangkan kami tidak bergaji..hehe..Maka tercetuslah idea untuk backpack ke Hatyai .Saya ingin kongsikan pengalaman pertama kami berdua menaiki train ke Hatyai.Akan saya kongsikan juga tips menarik menaiki grab sebagai pengangkutan utama sepanjang di sana.

Thursday, December 20, 2018

The Cambodia Report | Itinerary Trip Bajet Ke Siem Reap (15 USD Sahaja Untuk 4H 3M)
How we had a great trip in Siem Reap for 4 Days 3 Nights with only USD 115?
Forgotten kingdom| Mengapakah Angkor Wat sering dikaitkan dengan ‘the lost city of Angkor’? Apa agaknya yang berlalu di sini dahulu? Menyingkap kembali sejarah, kompleks Angkor ini telah didiami oleh kerajaan Agraria, iaitu sebuah tamadun awal di Asia Tenggara. Namun, ketika Angkor Wat ditemui oleh pengembara dari Perancis di tengah-tengah hutan belantara, kompleks Angkor ini kosong seolah-olah sudah lama ditinggalkan. Persoalannya, ke mana perginya kerajaan di sini? Seni bina Angkor Wat jelas sekali menunjukkan pembentukan sebuah kerajaan di sini dahulu. Ada juga mitos yang mengatakan bahawa Angkor Wat ini dahulunya didiami oleh jin. Walaupun agak tak logik, tapi inilah kepercayaan penduduk setempat. 

Monday, December 17, 2018

Saturday, December 1, 2018

The Bangkok Journal | Solo Backpacking Train Trip ke Kanchanaburi Thailand!
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Bumi Gajah Putih, Thailand adalah pada tahun 2014 di bawah kendalian kelab Putra Thai Universiti Putra Malaysia. Sebagai seorang student yang mengambil subjek Bahasa Thai, peluang untuk kesana memang saya look forward sebab dapat melihat sendiri keunikan budaya orang Thailand dan dapat mempraktikkan sedikit ilmu bahasa Thai yang telah dipelajari di dalam kelas. Ternyata pengalaman berada seminggu di negara jiran itu memberi impak yang lebih significant dari apa yang saya harapkan.Lawatan seminggu itu membawa saya dan kawan-kawan dari kelas bahasa Thai ke kawasan pedalaman Phuket , di mana kami berpeluang melawat sebuah perkampungan terapung di sana dan bertemu dengan pelajar sekolah disana. What a humbling experience that was. Banyak lagi perkara menarik yang kami lakukan di sana, namun itu akan saya kongsikan mungkin di entri yang lain. Tahun 2015, Alhamdulillah sekali lagi diberi keizinan untuk ke Thailand dengan misi yang sama cuma kali ini lokasinya adalah Bangkok. Lawatan kali kedua ini lebih fulfilling buat saya kerana kami dapat menyampaikan sedikit ilmu di sebuah sekolah Islam di Bangkok, Anwarul Islam School Bangkok .