WE'VE REACHED

0

Readers Worldwide



Powered by 12Go system

Monday, June 15, 2026

Cara Masuk Thailand Melalui Betong & Pengkalan Hulu | Panduan Lengkap Untuk Pemandu dari Malaysia!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang tinggal di kawasan Kedah Selatan atau Perak Utara dan teringin nak road trip ke Thailand, ada satu jalan yang ramai lagi tak tahu, masuk melalui Pengkalan Hulu, Hulu Perak, terus ke Betong, Thailand. Kami sendiri pun baru tau pasal checkpoint ni beberapa tahun lepas. Sekejap je tau, dalam sejam setengah dari kawasan Lunas kami dah boleh sampai kat border. Lagi dekat berbanding nak pusing jauh ke Perlis!

Dah buat beberapa kali dah, so dalam entry kali ni kami nak share step-by-step process nak masuk Thailand melalui Betong ni — dari persediaan awal, insurans kenderaan, sampai la ke proses imigresen dua-dua belah. Harap membantu korang yang tengah plan nak cuba jalan ni!

Persediaan Sebelum Bertolak

Benda paling penting nak buat sebelum gerak — pastikan korang bawa dokumen-dokumen ni:

  • Passport (semua penumpang dalam kereta)

  • Geran kereta asal (kalau owner ada dalam kereta, geran asal je cukup)

  • Kalau owner tiada dalam kereta, kena ada surat authorisation dari owner + geran cop polis

  • Duit Ringgit Malaysia untuk bayaran insurans dan urusan di border

  • Duit Thai Baht boleh tukar selepas masuk Betong

Tips: Kalau korang tak ada passport tapi ada I/C Kedah atau Perak, korang boleh apply border pass untuk masuk. Process dia slightly berbeza — boleh tanya terus kat agen insurans di kawasan Pengkalan Hulu untuk details lanjut ya -  Maizal Insurance (019-482 2580).

Insurans Kenderaan Thailand — Wajib Buat Ni!

Ini lah benda yang paling ramai terlupa atau ambil mudah , insurans kenderaan Thailand. Ni bukan sekadar formaliti okay, ni betul-betul penting kalau berlaku apa-apa semasa korang memandu dalam Thailand. Jangan skip benda ni.

Good news, korang boleh buat insurans ni terus dalam perjalanan ke sempadan. Bila dah masuk kawasan Pengkalan Hulu, korang akan start nampak kedai-kedai insurans berjejer tepi jalan. Singgah mana-mana yang ada, tapi kalau nak senang dan dah biasa berurusan, kami selalu pergi ke Maizal Insurance (019-482 2580). Owner dia jenis yang suka explain satu-satu pasal coverage dan dokumen, so kita faham betul apa yang kita beli. Tak rasa buat benda membuta tuli, dan tu yang kami hargai.

Harga insurans lebih kurang macam ni (boleh berubah, confirm balik masa korang pergi ya):

  • TDAC (QR Code): Percuma

  • Insurans kenderaan Thailand (Compulsory Insurance): RM38+ untuk kereta biasa

  • Insurans Compulsory + Voluntary (pilihan): RM178+ untuk perlindungan tambahan

  • Borang TM2 & TM3 (2 salinan each): Biasanya percuma jika disediakan oleh agen insurans, atau sekitar RM6 – RM10 jika dikenakan caj cetakan/servis

Maizal Insurance juga sekarang dah ada servis parking dan pengangkutan ke sempadan. Kalau korang tak nak drive masuk ke Thailand sendiri, boleh park kereta dekat kawasan mereka dengan caj RM10 semalam. Dari situ, mereka boleh hantar korang ke immigration Malaysia dan Betong (RM15) atau terus ke hotel di Betong (RM60 satu hala). Pilihan yang sangat memudahkan, terutama yang bawa family ramai atau yang kurang confident nak bawa kereta masuk Thailand.

Bersama Owner Maizal Insurans yang sangat membantu

Proses Masuk — Imigresen Malaysia

Lepas siap urusan insurans, korang terus drive ke Betong Checkpoint , bahagian imigresen Malaysia. Process dia drive-through je, tak perlu turun kereta. Bagi passport semua penumpang kepada officer kat situ, tunggu kejap, dah siap cop passport, terus bergerak.


Proses Masuk — Imigresen Thailand

Ini part yang ramai tak familiar. Ada dua stop dekat imigresen Thailand:

Stop 1 — Imigresen passport

Korang kena park kereta dan semua penumpang turun untuk cop passport kat kaunter imigresen Thailand. Straightforward je, tak lama pun prosesnya.

Jangan lupa juga untuk isi TDAC (Thailand Digital Arrival Card) sebelum masuk ke Thailand. Sekarang sistem ni menggunakan QR Code dan telah menggantikan borang putih TM6 yang digunakan suatu ketika dahulu.

Stop 2 — Pengesahan dokumen kenderaan

Lepas dah selesai cop passport, drive ke satu entrance lagi. Dekat sini owner kereta je perlu turun dan bawa masuk Borang TM2, TM3 dan geran kereta untuk disemak. Jangan lupa, di peringkat ini kena ada duit Ringgit. Ada caj RM2 hingga RM3 yang mereka akan minta kat sini.

Dah settle semua tu, alhamdulillah korang pun dah rasmi masuk Thailand! Jalan ke Betong dari situ dalam 30 minit je lagi.

Tips & Benda Penting Nak Ingat!

  • Sedia duit Ringgit dalam poket masa kat border — jangan simpan dalam beg. Nanti korang kelam kabut nak korek.

  • Tak perlu buat appointment atau booking awal untuk mana-mana proses ni. Semua boleh buat on-the-spot hari sama.

  • Kalau plan nak pergi secara last minute pun tak kisah, kami pun selalu buat macam tu. Bawa je geran dan passport, terus gerak — kalau ada rezeki, boleh masuk!

  • Elak peak hour kalau boleh. Cuba aim pagi-pagi atau tengah hari supaya tak terlalu sesak masa proses imigresen.

  • Simpan nombor agen insurans dalam phone — kalau ada sebarang isu masa dalam Thailand, senang nak rujuk.

  • Tukar duit Baht dalam Thailand je, jangan tukar dekat Malaysia. Rate dalam Betong selalunya lebih bagus.

Ringkasan Caj-Caj di Border

  • TDAC (QR Code): Percuma

  • Insurans Thailand (Compulsory): RM38+

  • Insurans Thailand (Compulsory + Voluntary): RM178+ (pilihan)

  • Borang TM2 & TM3: RM0 – RM10 (bergantung kepada agen)

  • Caj imigresen/pengesahan dokumen kenderaan Thailand: RM2 – RM3

  • Parking (jika guna servis Maizal): RM10 / malam

  • Servis hantar ke Betong: RM15 – RM60 (bergantung destinasi)

Memang berbaloi cuba jalan Betong ni kalau korang duduk area utara Semenanjung. Tak perlu plan lama-lama, tak perlu banyak duit pun untuk start. Bawa passport, bawa geran, dan gerak. 





Harap entry ni membantu korang yang tengah plan nak cuba masuk Thailand melalui Betong. Kalau ada soalan, drop je kat komen bawah, kami akan cuba jawab sebaik mungkin. Assalamualaikum!



Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: