WE'VE REACHED

0

Readers Worldwide



Powered by 12Go system

Monday, June 15, 2026

Cara Masuk Thailand Melalui Betong & Pengkalan Hulu | Panduan Lengkap Untuk Pemandu dari Malaysia!

Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang tinggal di kawasan Kedah Selatan atau Perak Utara dan teringin nak road trip ke Thailand, ada satu jalan yang ramai lagi tak tahu, masuk melalui Pengkalan Hulu, Hulu Perak, terus ke Betong, Thailand. Kami sendiri pun baru tau pasal checkpoint ni beberapa tahun lepas. Sekejap je tau, dalam sejam setengah dari kawasan Lunas kami dah boleh sampai kat border. Lagi dekat berbanding nak pusing jauh ke Perlis!

Dah buat beberapa kali dah, so dalam entry kali ni kami nak share step-by-step process nak masuk Thailand melalui Betong ni — dari persediaan awal, insurans kenderaan, sampai la ke proses imigresen dua-dua belah. Harap membantu korang yang tengah plan nak cuba jalan ni!

Persediaan Sebelum Bertolak

Benda paling penting nak buat sebelum gerak — pastikan korang bawa dokumen-dokumen ni:

  • Passport (semua penumpang dalam kereta)

  • Geran kereta asal (kalau owner ada dalam kereta, geran asal je cukup)

  • Kalau owner tiada dalam kereta, kena ada surat authorisation dari owner + geran cop polis

  • Duit Ringgit Malaysia untuk bayaran insurans dan urusan di border

  • Duit Thai Baht boleh tukar selepas masuk Betong

Tips: Kalau korang tak ada passport tapi ada I/C Kedah atau Perak, korang boleh apply border pass untuk masuk. Process dia slightly berbeza — boleh tanya terus kat agen insurans di kawasan Pengkalan Hulu untuk details lanjut ya -  Maizal Insurance (019-482 2580).

Thursday, September 15, 2022

Cara Masuk Thailand Naik Kereta & Tempat WAJIB Lawat di Hatyai!
Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Pada entry kali ini, saya akan ceritakan pengalaman saya sekeluarga ke Hatyai Thailand dengan menggunakan kereta. Saya dan Kimi sebenarnya dah beberapa kali ke Thailand sebelum PKP tapi tak pernah lagi masuk dengan kereta. Kami memang pengguna tegar train! Feeling2 backpacker sikit. Tapi kali ini pergi dengan family, rasanya lebih selesa masuk dengan kereta sendiri. And guess what? Rupanya very convenient masuk dengan kereta! Proses kat immigration mudah sangat dan cepat. Boleh dikatakan jimat masa banyak lah berbanding dengan naik train. 
Geran Kereta | Kalau nak masuk dengan kereta, pastikan pemandu bawak geran kereta asal bersama bagi tujuan pembuatan insurans kenderaan. Kalau tak ada geran asal, boleh bawak geran fotokopi, tapi kena dapatkan cop bulat daripada balai terdekat dengan rumah masing-masing. Kami tengah- tengah malam pergi balai minta polis cop, nasib baik dapat.