Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang plan nak masuk Singapore naik bas melalui Gelang Patah dan keluar masuk melalui Tuas Link, jangan risau, proses dia memang jauh lebih mudah daripada yang ramai sangka.
Masa kami masuk ke Singapore hari tu, dekat imigresen Malaysia kami langsung tak perlu turunkan luggage. Semua beg kekal dalam bas dan kami hanya perlu turun untuk urusan imigresen sahaja.
Bila sampai di bahagian Singapore pula, barulah luggage perlu diturunkan untuk pemeriksaan. Untuk rakyat Malaysia, proses imigresen memang smooth gila. Kami cuma scan pasport dekat autogate, tak perlu cop pasport dan semuanya berjalan dengan sangat cepat.
Satu perkara penting yang korang kena buat sebelum sampai ke imigresen Singapore ialah pastikan Singapore Arrival Card (SG Arrival Card) dah siap dihantar. Jangan tunggu saat akhir tau.
Kami guna aplikasi Touch 'n Go eWallet je. Dalam aplikasi tu ada pilihan "Arrival Card". Pilih negara Singapore dan ikut sahaja semua langkah serta maklumat yang diminta. Proses dia sangat straightforward dan tak ambil masa lama pun.
Pastikan juga pasport masih sah laku dan semua maklumat dalam Arrival Card diisi dengan betul sebelum korang sampai ke kaunter imigresen. Bila semua dah settle awal-awal, proses masuk memang lagi smooth.
Masa perjalanan balik pula situasi dia terbalik. Di bahagian Singapore, kami tak perlu turunkan luggage. Bila sampai semula di imigresen Malaysia barulah semua penumpang perlu mengambil dan membawa turun beg masing-masing untuk pemeriksaan.
Secara keseluruhan, pengalaman kami keluar masuk Singapore melalui Gelang Patah dan Tuas Link memang sangat lancar. Kalau semua dokumen dah lengkap dan Arrival Card dah dihantar lebih awal, proses imigresen untuk rakyat Malaysia sekarang memang on point dan tak memeningkan langsung.
Alhamdulillah, perjalanan kami kali ni memang smooth dari awal sampai akhir. Confirm korang yang first time masuk Singapore pun tak perlu risau sangat. Thanks for reading! See you in the next one! Byeeeee