Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Ada satu berita BEST yang kami nak share dengan korang. Chasing The Sun telah tersenarai sebagai salah satu Top 30 Malaysia Travel Blogs 2026 di Feedspot (https://bloggers.feedspot.com/malaysia_travel_blogs/).
Alhamdulillah. Tak sangka pun, sebab blog ni cuma kami berdua je yang jalankan — takde team, takde budget marketing. Tapi syukur, rezek yg Allah beri.
Blog Ni Cuma Kami Berdua
Sunchasers, kebanyakan entry kami ditulis lepas balik trip, badan penat, tapi excited nak cerita. Kadang-kadang tulis dalam kereta masa berhenti kat R&R. Tak de la glamorous mana pun. Tapi kami tulis sebab kami memang suka, dan sebab kami tau ada orang yang perlukan info tu.
Ni Sebenarnya Milik Korang,
Jujur cakap, pengiktirafan ni bukan milik kami sorang. Korang yang baca sampai habis walaupun entry kami panjang berjela. Korang yang tanya soalan dalam komen. Korang yang share entry kami dalam group family WhatsApp. Korang yang message cakap guide kami tolong trip korang jadi smooth.
Tanpa korang, blog ni cuma diary peribadi je. Terima kasih semua!
Apa Yang Takkan Berubah
Jangan risau, kami tetap sama:
- Review jujur, kalau tak berbaloi, kami cakap tak berbaloi
- Harga sebenar dalam RM, breakdown seorang
- Status halal dan tempat solat dalam setiap entry
- Hidden gem yang orang lain tak sentuh
- Dan sambung road trip kami merentasi border
InshaAllah banyak lagi tempat yang kami nak bawa korang tengok tahun ni. Setakat itu sahaja daripada kami. Terima kasih sekali lagi, Sunchasers. Jumpa lagi!



0 comments:
Post a Comment