Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang tengah cari restoran halal dekat kawasan Singapore Expo yang sesuai untuk group besar, sedap, harga masih masuk akal dan ambience pun on point, Haa... kami baru jumpa satu hidden gem yang memang berbaloi!
Masa kami ke Singapore baru-baru ni bersama team seramai 25 orang, kami pilih untuk makan malam di Cayenne's by Daa.Gengs yang terletak di,
📍 8 Somapah Rd, #01-204 Building 2 SUTD, Singapore 487372
Lokasi dia memang strategic gila. Dari Singapore Expo atau MRT Expo, tak jauh mana pun. Kalau korang stay area Changi, Expo atau datang untuk event dekat Singapore Expo macam kami, memang senang sangat nak sampai.
Suasana & Ambience
First impression bila masuk je, kami terus suka dengan vibe dia. Tempat dia luas, kemas dan ada modern cafe feel yang sangat selesa. Sesuai untuk family gathering, team dinner ataupun kalau korang datang berdua pun still nice. Lighting dia cantik, meja pun tersusun kemas dan tak rasa sesak walaupun masa tu group kami agak besar.
Makanan
Bab makanan memang antara highlight utama malam tu.
Apa yang kami suka:
- ✅ Halal
- ✅ Portion besar
- ✅ Presentation cantik
- ✅ Rasa sedap dan konsisten
Bila makanan sampai, memang ramai dalam team terus terkejut tengok portion dia. Ada beberapa menu yang memang sesuai untuk sharing dan sangat berbaloi untuk group besar macam kami.
Yang paling penting, rasa dia bukan sekadar cantik di gambar tapi juga sedap! Setiap hidangan yang kami cuba ada flavour yang seimbang dan cukup rasa. Untuk menu pula ada pilihan build your salad bowl , western, dan juga makanan2 local , kami share japgi kat bawah menu2 yg ada disana.
Untuk korang yang concern pasal halal macam kami, Cayenne's by Daa.Gengs merupakan restoran halal, dan own by Muslim. Jadi memang lebih tenang untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan Muslim tanpa perlu tertanya-tanya.
Service
Ini satu lagi perkara yang kami rasa sangat patut diberi pujian. Staff dekat sini memang ramah gila dan sangat membantu.
Bayangkan nak uruskan group 25 orang bukan benda mudah tau. Tapi staf mereka banyak membantu dari awal sampai habis makan. Friendly, cepat respon dan sentiasa cuba pastikan semuanya berjalan lancar. Kudos to Natasha for assisting us!
Service macam ni memang buat pengalaman makan jadi lagi best.
Harga
Singapore memang terkenal dengan kos hidup yang agak tinggi kan? Tapi kami rasa harga dekat sini masih sangat berpatutan untuk apa yang korang dapat. Dengan portion yang besar, suasana yang selesa, servis yang baik dan lokasi yang strategik, kami memang rasa value for money.
Memang berbaloi!
Solat
Dalam Cayenne's by Daa.Gengs ni dioarang ada allocate satu ruang untuk pelanggan solat, cuma kena ambil wuduk di rest room di sebelah, dekat sahaja. Jangan risau, senang nak plan makan dan solat sekali.
Berbaloi Kah?
8/10 Rating dari CTS!
- Sedap✅
- Halal ✅
- Portion besar✅
- Harga berpatutan ✅
- Staff mesra ✅
- Dekat dengan Singapore Expo & MRT ✅
Kalau korang ada event dekat Singapore Expo, tengah transit dekat Changi atau sekadar mencari restoran halal yang best untuk family dan group besar, Cayenne's by Daa.Gengs memang satu tempat yang kami tak ada masalah untuk recommend.
Harap membantu la korang yang nak tau berbaloi atau tak makan sini. Jumpa lagi di lain entry!
Bawah ni Menu2 di Cayenne's by Daa.Gengs ya!



.jpeg)




0 comments:
Post a Comment