Assalamualaikum & Hello Sunchasers | Kalau korang tinggal di kawasan Kedah Selatan atau Perak Utara dan teringin nak road trip ke Thailand, ada satu jalan yang ramai lagi tak tahu, masuk melalui Pengkalan Hulu, Hulu Perak, terus ke Betong, Thailand. Kami sendiri pun baru tau pasal checkpoint ni beberapa tahun lepas. Sekejap je tau, dalam sejam setengah dari kawasan Lunas kami dah boleh sampai kat border. Lagi dekat berbanding nak pusing jauh ke Perlis!
Dah buat beberapa kali dah, so dalam entry kali ni kami nak share step-by-step process nak masuk Thailand melalui Betong ni — dari persediaan awal, insurans kenderaan, sampai la ke proses imigresen dua-dua belah. Harap membantu korang yang tengah plan nak cuba jalan ni!
Persediaan Sebelum Bertolak
Benda paling penting nak buat sebelum gerak — pastikan korang bawa dokumen-dokumen ni:
Passport (semua penumpang dalam kereta)
Geran kereta asal (kalau owner ada dalam kereta, geran asal je cukup)
Kalau owner tiada dalam kereta, kena ada surat authorisation dari owner + geran cop polis
Duit Ringgit Malaysia untuk bayaran insurans dan urusan di border
Duit Thai Baht boleh tukar selepas masuk Betong
Tips: Kalau korang tak ada passport tapi ada I/C Kedah atau Perak, korang boleh apply border pass untuk masuk. Process dia slightly berbeza — boleh tanya terus kat agen insurans di kawasan Pengkalan Hulu untuk details lanjut ya - Maizal Insurance (019-482 2580).


